Friday, February 16, 2018

NATURAL BIDARA CREAM ~ For Sinus, Muscle & Joint

ADAKAH ANDA MENGHIDAPI RESDUNG?

KINI telah ada krim serbaguna untuk membantu meringankan masalah anda. Kami tidak bermaksud mendakwa krim ini sebagai krim berubat, namun krim ini diharapkan dapat membantu anda meringankan masalah yang berkaitan 2 perkara utama yang jika tidak diatasi ianya akan memberi kesan terhadap kelancaran kehidupan kita harian.


1.  Masalah Resdung dan simptom lain yang berkait dengannya seperti 
  • sakit kepala
  • demam 
  • selsema dan bersin
  • mencairkan kahak
  • mengeluarkan hingus
  • hidung ketat dan berair
  • batuk
  • pernafasan terganggu

2. Masalah Otot, Sendi dan Urat
  • lenguh-lenguh seluruh badan
  • kejang otot
  • tarik mengkarung
  • sakit pinggang
  • lenguh semasa memandu
SHEA BUTTER vs VESELIN
Kebiasaannya krim seperti ini dibuat daripada petroleum jelly atau veselin kerana faktor harganya yang jauh lebih murah. Namun bahan daripada petroleum ini sebenarnya mengundang pelbagai keburukan kepada kesihatan kita apabila digunakan dalam jangkamasa panjang.

Oleh kerana kami prihatin dengan masalah ini, maka kami pastikan ianya diperbuat cuma daripada bahan-bahan yang benar-benar alami, iaitu daripada tumbuhan, bukan daripada lemak binatang, jauh sekali daripada bahan sintetik kimia. Kami hasilkan basenya daripada shea butter, minyak zaitun, minyak argan dan minyak jarak. Manakala kandungan dalamnya adalah khasiat yang datang daripada minyak pati (essential oil), ekstrak dan botani pelbagai jenis herba.


RND kami akhirnya menampakkan hasil. Kami zahirkan krim ini seperti berikut:


Kini krim kami boleh didapati dengan harga yang setiap orang mampu. Harga PROMOSI cuma RM10 setiap satu berbanding harga biasa RM16.90. Untuk mendapatkannya, boleh hubungi kami 013-4496559 atau dapatkan daripada wakil jualan dan stokis kami yang terdekat.


________________________________________________________________________________

Blogspot ini diterbitkan sebagai usaha membantu mempromosikan projek Pelancongan Sungai Petani dan Daerah Kuala Muda amnya. Sebagaimana telah diinterpretasikan oleh Bahagian Pelancongan Majlis Perbandaran Sungai Petani, kemajuan pelancongan di daerah ini adalah berteraskan kepada
3 perkara, iaitu:
a) Kedah Tua - Tamadun Sungai Batu 535 BCE
b) Jerai Geopark - sebagai geo pelancongan dan pengiktirafan oleh UNESCO
c) Biodiversiti - Pemuliharaan biosfera dan ekosistem Sungai Merbok
Bujang's Natural sebagai jenama produk yang lahir di daerah ini ingin bersama-sama memartabatkan agenda ini menjadikan ianya suatu pencapaian. Bujang's Natural memilih untuk bernaung di bawah Persatuan Archeo Adventure Tamadun Sungai Batu, Kedah dan dengan ini menyokong sepenuhnya apa saja aktiviti yang melestarikan alam sekitar, pemuliharaan sejarah dan penaiktarafan sebagai Jerai Geopark di daerah ini khasnya dan negara ini amnya.


Sebarang pertanyaan mengenai produk BUJANG'S NATURAL boleh hubungi / whatsapp 0134496559

Syampu dan Gel Mandian Bujang’s Natural ~ ILHAM DARI ALAM


Syampu dan Gel Mandian Bujang’s Natural
ILHAM DARI ALAM


Air Terjun Puteri Mandi, Gunung Jerai

PERBEZAAN ISTILAH SABUN DAN DETERGENT

Kita sering tertipu dengan istilah ini. Walaupun kedua-duanyamempunyai kuasa mencuci yang sama hebat namun hakikatnya amat jauh berbeza dari segi kandungan dan cara penghasilannya. Untuk membandingkannya cuba kita lihat jadual di bawah:


Untuk syampu saya menggunakan essential oil limau purut dan untuk mandian saya menggunakan essential oil bunga melur. Essential oil ini selain daripada mengandungi khasiat  ianya juga memberikan aroma segar sekaligus tidak memerlukan pewangi sintetik (sering dilabel  sebagai fragrance atau perfume) yang di dalamnya sudah pasti terkandung pelbagai kimia zat kimia yang berbahaya!
(Potassium hydroxide adalah alkali untuk menjadi pemangkin proses menukarkan minyak menjadi sabun. Bahan ini tidak akan tertinggal apabila proses saponifikasi penuh berlaku)


JERAI FOREST AURA SHAMPOO
DAN PUTERI MANDI SHOWER GEL


Aura Gunung Jerai telah memberi ilham untuk saya menghasilkan formula sabun cecair yang tiada samanya dengan sabun cecair Alami (Natural Liquid Soap) yang terdapat di mana-mana dalam dunia ini apatah lagi untuk dibandingkan dengan sabun cecair  (padahalnya “detergent”) yang dihasilkan secara kimia di kilang-kilang dandanan diri dan kosmetik bertaraf GMP.  Dari kajian dan penyelidikan yang dilakukan dengan teliti, saya telah temui  bahan-bahan yang paling sesuai untuk diletakkan dalam 2 produk ini dan sekaligus memakaikan nama yang unik kepada kedua-duanya.

Puteri Mandi Shower Gel

Rekabentuk label yang dipaparkan di sini bukan hasil terakhir kedua-dua produk ini. Semua gambar adalah pandangan artist bagi tujuan ilustrasi.  

Puteri Mandi adalah nama suatu  air terjun yang terdapat di Gunung Jerai dan hanya boleh dicapai melalui jungle trekking atau berbasikal melalui trek yang disediakan oleh Jabatan Hutan dan pecinta aktiviti rekreasi. Pejam mata anda dan hidu bauan segar daripada botol gel mandian Puteri Mandi saya ini dan bayangkan anda sedang bersiram di air terjun yang indah dengan gelak ketawa puteri-puteri yang sedang bermain-main di situ, kedinginan airnya dan aroma bunga melur yang sangat mempesonakan. Dan pada waktu tersebut, hanya akar sintok yang digunakan sebagai sabun dan loofah (berus) untuk menyental daki-daki di badan dan kepala.

Gambar ihsan daripada Google. Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Jerai Forest Aura Shampoo


Di saat anda menggunakan syampu aura Jerai saya, hidu bau dan kesegaran aroma limau purutnya dan  bayangkan anda seorang pendekar yang sedang bertapa di rimba puncak Gunung Jerai yang sunyi sepi hanya ditemani bunyi cengkerik dan unggas hutan. Basahkan tubuh anda dengan air gunung yang segar dan niatkan untuk anda cuci tubuh anda dari segala kekotoran. Nyah dari segala penyakit dan kejahatan! Saya percaya terapi diri yang dilakukan dari penggunaan kedua-dua produk saya ini akan melahirkan aura positif, pembersihan total seluruh anggota badan dan semangat anda akan pulih kembali untuk meneruskan pekerjaan harian. Inshaa Allah dengan izin dari-Nya.

Gambar ihsan daripada Google. Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

PROSES PENYEDIAAN SABUN NATURAL



Penyediaan sabun cecair untuk produk saya ini dihasilkan melalui proses yang dipanggil safonifikasi di mana minyak tumbuhan ditukarkan menjadi sabun dengan menggunakan alkali sebagai pemangkin. Dalam proses ini, akan terhasil bahan sampingan yang berkhasiat di dalamnya iaitu gliserin yang memberi kelembapan  kepada kulit kita. Pada masa sekarang, industri sabun telah menyedut gliserin untuk dijual berasingan untuk dijadikan losyen dan krim pelembab yang lain dengan tujuan meraih keuntungan yang tinggi. Maknanya, sabun sekarang telah menjadi hampas dan kering di kulit dan untuk itu perlu mengambil losyen selepas mandi bagi membekalkan kelembapan. Bagi sabun yang dihasilkan secara kimia pulak (sebenarnya detergent), tiada lansung gliserin dihasilkan. Manakala bagi bermain psikologi pengguna, kimia seperti Sodium Laureth Sulfate dimasukkan untuk menampakkan buih yang kaya.

SEJARAH SABUN CASTILE

PERMULAAN SEJARAH SABUN OLEH SAINTIS ISLAM

Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur dengan Lye iaitu dikenali sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam dunia perubatan Islam. Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan tidak berubah.

Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa’ dan Basra. Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab.

Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan. Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur. Pada tahun 981AD, sabun dijual pada harga 3 dirham.

Ahli kimia dari Parsi iaitu Al-Razi menulis satu manuskrip berkenaan resipi sabun yang asal.

Manuskrip yang ditemui telah ditulis pada kurun ke 13 yang memperincikan resipi membuat sabun. Contohnya; sedikit minyak bijan, renjisan potash, alkali dan sedikit kapur, yang dicampur semuanya dan dididihkan. Setelah masak, tuang dalam acuan dan membiarkannya menyejuk dan mengeras.

BERIKUTNYA PADA FASA MODEN

Sejarah Sabun Castile dimulakan oleh tamadun Islam Eropah pada kurun ke-12 apabila mereka membina perusahaan sabun komersil yang pertama di wilayah Castile, Spanyol. Sabun ini dihasilkan daripada 100% minyak zaitun virgin, tanpa pewarna, pewangi tambahan, dan bebas daripada sebarang bahan kimia berbahaya. Mendapat jolokkan “Queen of Soap”, ia digunakan oleh keluarga Di-Raja Eropah berabad lamanya. Sabun Castile adalah pilihan popular dikalangan mereka yang benar-benar ingin menggunakan sabun daripada 100% bahan semulajadi. Sabun ini digunakan untuk mencuci daripada pakaian, pinggan mangkuk hinggalah badan, muka dan rambut. Castile Soap ini memiliki reputasi sebagai sabun mewah, tidak hanya karena kualitinya, tetapi karena sejarahnya. Hingga waktu ini, tidak semua orang menyedari tentang kewujudan sabun alami yang sangat mesra kulit ini apatah lagi untuk membezakan dengan kimia pencuci  yang melimpah di pasaran. Bagi yang mengetahui tentangnya pula, kadangkala ada kekangan untuk memilikinya atas faktor harga yang tinggi kerana rata-ratanya harga yang biasa di pasaran untuk botol 250ml berada di lingkungan RM50 hingga lebih seratus ringgit. Walaupun sebenarnya mereka kurang menyedari hakikat bahawa kos merawat kesihatan akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh bahan kimia merbahaya dalam produk sintetik malahan lebih tinggi daripada belanja  mendapatkan produk yang alami dan berkualiti.

Dan di sini adalah sabun yang diformulasikan oleh BUJANG'S NATURAL




________________________________________________________________________________

Blogspot ini diterbitkan sebagai usaha membantu mempromosikan projek Pelancongan Sungai Petani dan Daerah Kuala Muda amnya. Sebagaimana telah diinterpretasikan oleh Bahagian Pelancongan Majlis Perbandaran Sungai Petani, kemajuan pelancongan di daerah ini adalah berteraskan kepada
3 perkara, iaitu:
a) Kedah Tua - Tamadun Sungai Batu 535 BCE
b) Jerai Geopark - sebagai geo pelancongan dan pengiktirafan oleh UNESCO
c) Biodiversiti - Pemuliharaan biosfera dan ekosistem Sungai Merbok
Bujang's Natural sebagai jenama produk yang lahir di daerah ini ingin bersama-sama memartabatkan agenda ini menjadikan ianya suatu pencapaian. Bujang's Natural memilih untuk bernaung di bawah Persatuan Archeo Adventure Tamadun Sungai Batu, Kedah dan dengan ini menyokong sepenuhnya apa saja aktiviti yang melestarikan alam sekitar, pemuliharaan sejarah dan penaiktarafan sebagai Jerai Geopark di daerah ini khasnya dan negara ini amnya.


Sebarang pertanyaan mengenai produk BUJANG'S NATURAL boleh hubungi / whatsapp 0134496559

Tuesday, February 13, 2018

Bujang's Natural sebagai satu Jenama




Nama Bujang
Merujuk kepada suatu tempat bernama Lembah Bujang di daerah Kuala Muda, Kedah. Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang adalah merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat.


Jenama Bujang's Natural
Jenama Bujang’s Natural dimiliki oleh sebuah perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, iaitu AGRAN ADILA ENTERPRISE. Jenama ini diilhamkan daripada nama Lembah Bujang yang menjadi tempat kegemilangan tamadun Melayu dan perkembangan agama Islam di Tanah Melayu dan Nusantara. Penggunaan nama Bujang sebagai jenama produk ini juga sebagai tanda respek terhadap kelestarian alam sekitar, biodiversity dan geologi di lembah ini. Oleh kerana Bujang’s Natural adalah suatu jenama yang lahir di Lembah Bujang sendiri, maka kami menyokong kepada sebarang usaha pemuliharaan sejarah, kelestarian alam sekitar, biodiversiti di daerah ini di mana projek Jerai Geopark dan Arkeologi Sungai Batu adalah salah satu daripadanya. Justeru kami memastikan produk kami dibuat daripada bahan alami (natural) tanpa menggunakan bahan kimia yang bukan sahaja berbahaya kepada manusia malahan kepada hidupan lain dan juga alam sekitar. Untuk memastikan supaya kami dapat merealisasikan usaha ini, jenama Bujang's Natural kini memilih untuk bernaung di bawah sebuah organisasi sukarela iaitu Persatuan Archeo Adventure Tamadun Sungai Batu, Kedah dan sedang dalam usaha untuk bekerjasama dengan badan-badan yang lain bagi mempromosikan pengwujudan sebuah projek bernama Jerai Geopark.
Produk Bebas daripada Kimia Berbahaya
Produk yang dikeluarkan atas jenama ini merangkumi produk penjagaan kulit (skin care), penjagaan rambut (hair care), penjagaan diri (personal care), produk spa dan terapi diri. Kesemua produk ini diformulasikan daripada bahan-bahan organik dan natural tanpa penggunaan bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan pengguna dan juga alam sekitar.

Umum mengetahui, pengeluaran dan penggunaan produk sintetik, GMO dan berasaskan bahan kimia selama ini adalah penyumbang besar kepada kerosakan sel-sel dan kecelaruan hormon tubuh manusia yang menyebabkan pelbagai penyakit bahaya seperti barah dan sebagainya. Selain daripada itu kandungan dalam produk sintetik juga telah menyebabkan kemusnahan alam sekitar seperti pencemaran sungai, keracunan system marin dan membunuh terumbu karang.





Oleh demikian, atas kesedaran dan tanggungjawab kepada perkara ini Bujang’s Natural tampil sebagai produk alternatif yang diyakini dapat membantu mengembalikan kesempurnaan genetik manusia dan kelestarian alam sekitar. Kesedaran ini tidak akan bermakna jika hanya difahami oleh kita yang telah dewasa kerana lambat laun kita juga akan pergi meninggalkan dunia dalam jangka usia yang cukup muda kerana rata-rata generasi sekarang hanya dapat bertahan sehingga umur 30 – 40an. Oleh demikian, satu kempen bersepadu perlu dimulakan untuk mendidik generasi remaja dan kanak-kanak tentang peri bahaya produk sintetik ini berbanding penggunaan produk organic dan natural.

Penggunaan Bahan Tempatan dalam Produk Bujang's Natural 




Produk Bujang’s Natural diformulasikan daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan, bunga-bungaan dan mineral yang mana sebahagiannya terdapat di Lembah Bujang ini. Produk ini dihasilkan daripada ekstrak, minyak pati dan serbuk tumbuhan tersebut. Tumbuhan seperti Ubi Garut misalnya dapat menggantikan penggunaan Talkum dalam produk berasaskan bedak seperti Deodorant Powder, Baby Powder, Foundation, Deodorant Cream dan lain-lain. Talkum adalah penyebab utama kanser ovari dan paru-paru. Ianya digunakan secara meluas dalam industri penjagaan diri, barangan bayi dan kosmetik. Selain itu minyak pati daripada bunga seperti Melur, Kenanga, Mawar, minyak pati daripada tumbuhan seperti halia, pudina, daun limau purut, serai wangi, minyak pati daripada buah seperti limau purut, limau nipis, kelapa, jarak, ekstrak tumbuhan seperti sirih, manjakani, Kacip Fatimah, bidara, mambu, sintok, lidah buaya dan herba seperti kayu manis, cengkih, lada hitam, kunyit, hasil hutan seperti madu kelulut dan propolis, kesemuanya terdapat di lembah ini.

________________________________________________________________________________

Blogspot ini diterbitkan sebagai usaha membantu mempromosikan projek Pelancongan Sungai Petani dan Daerah Kuala Muda amnya. Sebagaimana telah diinterpretasikan oleh Bahagian Pelancongan Majlis Perbandaran Sungai Petani, kemajuan pelancongan di daerah ini adalah berteraskan kepada
3 perkara, iaitu:
a) Kedah Tua - Tamadun Sungai Batu 535 BCE
b) Jerai Geopark - sebagai geo pelancongan dan pengiktirafan oleh UNESCO
c) Biodiversiti - Pemuliharaan biosfera dan ekosistem Sungai Merbok
Bujang's Natural sebagai jenama produk yang lahir di daerah ini ingin bersama-sama memartabatkan agenda ini menjadikan ianya suatu pencapaian. Bujang's Natural memilih untuk bernaung di bawah Persatuan Archeo Adventure Tamadun Sungai Batu, Kedah dan dengan ini menyokong sepenuhnya apa saja aktiviti yang melestarikan alam sekitar, pemuliharaan sejarah dan penaiktarafan sebagai Jerai Geopark di daerah ini khasnya dan negara ini amnya.


Sebarang pertanyaan mengenai produk BUJANG'S NATURAL boleh hubungi / whatsapp 0134496559

NATURAL BIDARA CREAM ~ For Sinus, Muscle & Joint

ADAKAH ANDA MENGHIDAPI RESDUNG? KINI telah ada krim serbaguna untuk membantu meringankan masalah anda. Kami tidak bermaksud mendakwa krim ...