Nama Bujang
Merujuk kepada suatu tempat bernama Lembah Bujang di daerah Kuala Muda, Kedah. Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang adalah merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat.
Jenama Bujang's Natural
Jenama Bujang’s Natural dimiliki oleh sebuah perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, iaitu AGRAN ADILA ENTERPRISE. Jenama ini diilhamkan daripada nama Lembah Bujang yang menjadi tempat kegemilangan tamadun Melayu dan perkembangan agama Islam di Tanah Melayu dan Nusantara. Penggunaan nama Bujang sebagai jenama produk ini juga sebagai tanda respek terhadap kelestarian alam sekitar, biodiversity dan geologi di lembah ini. Oleh kerana Bujang’s Natural adalah suatu jenama yang lahir di Lembah Bujang sendiri, maka kami menyokong kepada sebarang usaha pemuliharaan sejarah, kelestarian alam sekitar, biodiversiti di daerah ini di mana projek Jerai Geopark dan Arkeologi Sungai Batu adalah salah satu daripadanya. Justeru kami memastikan produk kami dibuat daripada bahan alami (natural) tanpa menggunakan bahan kimia yang bukan sahaja berbahaya kepada manusia malahan kepada hidupan lain dan juga alam sekitar. Untuk memastikan supaya kami dapat merealisasikan usaha ini, jenama Bujang's Natural kini memilih untuk bernaung di bawah sebuah organisasi sukarela iaitu Persatuan Archeo Adventure Tamadun Sungai Batu, Kedah dan sedang dalam usaha untuk bekerjasama dengan badan-badan yang lain bagi mempromosikan pengwujudan sebuah projek bernama Jerai Geopark.
Produk Bebas daripada Kimia Berbahaya
Produk yang dikeluarkan atas jenama ini merangkumi produk penjagaan kulit (skin care), penjagaan rambut (hair care), penjagaan diri (personal care), produk spa dan terapi diri. Kesemua produk ini diformulasikan daripada bahan-bahan organik dan natural tanpa penggunaan bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan pengguna dan juga alam sekitar.
Umum mengetahui, pengeluaran dan penggunaan produk sintetik, GMO dan berasaskan bahan kimia selama ini adalah penyumbang besar kepada kerosakan sel-sel dan kecelaruan hormon tubuh manusia yang menyebabkan pelbagai penyakit bahaya seperti barah dan sebagainya. Selain daripada itu kandungan dalam produk sintetik juga telah menyebabkan kemusnahan alam sekitar seperti pencemaran sungai, keracunan system marin dan membunuh terumbu karang.
Oleh demikian, atas kesedaran dan tanggungjawab kepada perkara ini Bujang’s Natural tampil sebagai produk alternatif yang diyakini dapat membantu mengembalikan kesempurnaan genetik manusia dan kelestarian alam sekitar. Kesedaran ini tidak akan bermakna jika hanya difahami oleh kita yang telah dewasa kerana lambat laun kita juga akan pergi meninggalkan dunia dalam jangka usia yang cukup muda kerana rata-rata generasi sekarang hanya dapat bertahan sehingga umur 30 – 40an. Oleh demikian, satu kempen bersepadu perlu dimulakan untuk mendidik generasi remaja dan kanak-kanak tentang peri bahaya produk sintetik ini berbanding penggunaan produk organic dan natural.
Penggunaan Bahan Tempatan dalam Produk Bujang's Natural
________________________________________________________________________________
Blogspot ini diterbitkan sebagai usaha membantu mempromosikan projek Pelancongan Sungai Petani dan Daerah Kuala Muda amnya. Sebagaimana telah diinterpretasikan oleh Bahagian Pelancongan Majlis Perbandaran Sungai Petani, kemajuan pelancongan di daerah ini adalah berteraskan kepada
3 perkara, iaitu:
a) Kedah Tua - Tamadun Sungai Batu 535 BCE
b) Jerai Geopark - sebagai geo pelancongan dan pengiktirafan oleh UNESCO
c) Biodiversiti - Pemuliharaan biosfera dan ekosistem Sungai Merbok
Bujang's Natural sebagai jenama produk yang lahir di daerah ini ingin bersama-sama memartabatkan agenda ini menjadikan ianya suatu pencapaian. Bujang's Natural memilih untuk bernaung di bawah Persatuan Archeo Adventure Tamadun Sungai Batu, Kedah dan dengan ini menyokong sepenuhnya apa saja aktiviti yang melestarikan alam sekitar, pemuliharaan sejarah dan penaiktarafan sebagai Jerai Geopark di daerah ini khasnya dan negara ini amnya.
Sebarang pertanyaan mengenai produk BUJANG'S NATURAL boleh hubungi / whatsapp 0134496559








No comments:
Post a Comment