Syampu dan Gel Mandian Bujang’s Natural
ILHAM DARI ALAM
| Air Terjun Puteri Mandi, Gunung Jerai |
PERBEZAAN ISTILAH SABUN DAN DETERGENT
Kita sering tertipu dengan istilah ini. Walaupun
kedua-duanyamempunyai kuasa mencuci yang sama hebat namun hakikatnya amat jauh
berbeza dari segi kandungan dan cara penghasilannya. Untuk membandingkannya
cuba kita lihat jadual di bawah:
Untuk syampu saya menggunakan essential oil limau purut dan
untuk mandian saya menggunakan essential oil bunga melur. Essential oil ini
selain daripada mengandungi khasiat ianya
juga memberikan aroma segar sekaligus tidak memerlukan pewangi sintetik (sering
dilabel sebagai fragrance atau perfume)
yang di dalamnya sudah pasti terkandung pelbagai kimia zat kimia yang
berbahaya!
(Potassium hydroxide adalah alkali untuk menjadi pemangkin
proses menukarkan minyak menjadi sabun. Bahan ini tidak akan tertinggal apabila
proses saponifikasi penuh berlaku)
JERAI FOREST AURA SHAMPOO
DAN PUTERI MANDI SHOWER GEL
Aura Gunung Jerai telah memberi ilham untuk saya
menghasilkan formula sabun cecair yang tiada samanya dengan sabun cecair Alami
(Natural Liquid Soap) yang terdapat di mana-mana dalam dunia ini apatah lagi
untuk dibandingkan dengan sabun cecair
(padahalnya “detergent”) yang dihasilkan secara kimia di kilang-kilang
dandanan diri dan kosmetik bertaraf GMP. Dari kajian dan penyelidikan yang dilakukan
dengan teliti, saya telah temui
bahan-bahan yang paling sesuai untuk diletakkan dalam 2 produk ini dan
sekaligus memakaikan nama yang unik kepada kedua-duanya.
Puteri Mandi Shower
Gel
![]() |
Rekabentuk label yang dipaparkan di sini bukan hasil terakhir kedua-dua produk ini. Semua gambar adalah pandangan artist bagi tujuan ilustrasi.
|
Puteri Mandi adalah nama suatu air terjun yang terdapat di Gunung Jerai dan
hanya boleh dicapai melalui jungle trekking atau berbasikal melalui trek yang
disediakan oleh Jabatan Hutan dan pecinta aktiviti rekreasi. Pejam mata anda
dan hidu bauan segar daripada botol gel mandian Puteri Mandi saya ini dan
bayangkan anda sedang bersiram di air terjun yang indah dengan gelak ketawa
puteri-puteri yang sedang bermain-main di situ, kedinginan airnya dan aroma
bunga melur yang sangat mempesonakan. Dan pada waktu tersebut, hanya akar
sintok yang digunakan sebagai sabun dan loofah (berus) untuk menyental daki-daki
di badan dan kepala.
| Gambar ihsan daripada Google. Untuk tujuan ilustrasi sahaja. |
Jerai Forest Aura Shampoo
Di saat anda menggunakan syampu aura Jerai saya, hidu bau
dan kesegaran aroma limau purutnya dan
bayangkan anda seorang pendekar yang sedang bertapa di rimba puncak
Gunung Jerai yang sunyi sepi hanya ditemani bunyi cengkerik dan unggas hutan.
Basahkan tubuh anda dengan air gunung yang segar dan niatkan untuk anda cuci
tubuh anda dari segala kekotoran. Nyah dari segala penyakit dan kejahatan! Saya
percaya terapi diri yang dilakukan dari penggunaan kedua-dua produk saya ini
akan melahirkan aura positif, pembersihan total seluruh anggota badan dan
semangat anda akan pulih kembali untuk meneruskan pekerjaan harian. Inshaa
Allah dengan izin dari-Nya.
![]() |
| Gambar ihsan daripada Google. Untuk tujuan ilustrasi sahaja. |
PROSES PENYEDIAAN SABUN NATURAL
Penyediaan sabun cecair untuk produk saya ini dihasilkan
melalui proses yang dipanggil safonifikasi di mana minyak tumbuhan ditukarkan
menjadi sabun dengan menggunakan alkali sebagai pemangkin. Dalam proses ini,
akan terhasil bahan sampingan yang berkhasiat di dalamnya iaitu gliserin yang
memberi kelembapan kepada kulit kita.
Pada masa sekarang, industri sabun telah menyedut gliserin untuk dijual
berasingan untuk dijadikan losyen dan krim pelembab yang lain dengan tujuan
meraih keuntungan yang tinggi. Maknanya, sabun sekarang telah menjadi hampas
dan kering di kulit dan untuk itu perlu mengambil losyen selepas mandi bagi
membekalkan kelembapan. Bagi sabun yang dihasilkan secara kimia pulak
(sebenarnya detergent), tiada lansung gliserin dihasilkan. Manakala bagi
bermain psikologi pengguna, kimia seperti Sodium Laureth Sulfate dimasukkan
untuk menampakkan buih yang kaya.
SEJARAH SABUN CASTILE
PERMULAAN SEJARAH SABUN OLEH SAINTIS ISLAM
Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak
zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur dengan Lye iaitu dikenali
sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam
dunia perubatan Islam. Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan
tidak berubah.
Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa’ dan Basra. Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab.
Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan. Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur. Pada tahun 981AD, sabun dijual pada harga 3 dirham.
Ahli kimia dari Parsi iaitu Al-Razi menulis satu manuskrip berkenaan resipi sabun yang asal.
Manuskrip yang ditemui telah ditulis pada kurun ke 13 yang memperincikan resipi membuat sabun. Contohnya; sedikit minyak bijan, renjisan potash, alkali dan sedikit kapur, yang dicampur semuanya dan dididihkan. Setelah masak, tuang dalam acuan dan membiarkannya menyejuk dan mengeras.

BERIKUTNYA PADA FASA MODEN
Sejarah Sabun Castile dimulakan oleh tamadun Islam Eropah
pada kurun ke-12 apabila mereka membina perusahaan sabun komersil yang pertama
di wilayah Castile, Spanyol. Sabun ini dihasilkan daripada 100% minyak zaitun
virgin, tanpa pewarna, pewangi tambahan, dan bebas daripada sebarang bahan
kimia berbahaya. Mendapat jolokkan “Queen of Soap”, ia digunakan oleh keluarga
Di-Raja Eropah berabad lamanya. Sabun Castile adalah pilihan popular dikalangan
mereka yang benar-benar ingin menggunakan sabun daripada 100% bahan semulajadi.
Sabun ini digunakan untuk mencuci daripada pakaian, pinggan mangkuk hinggalah
badan, muka dan rambut. Castile Soap ini memiliki reputasi sebagai sabun mewah,
tidak hanya karena kualitinya, tetapi karena sejarahnya. Hingga waktu ini,
tidak semua orang menyedari tentang kewujudan sabun alami yang sangat mesra
kulit ini apatah lagi untuk membezakan dengan kimia pencuci yang melimpah di pasaran. Bagi yang mengetahui
tentangnya pula, kadangkala ada kekangan untuk memilikinya atas faktor harga
yang tinggi kerana rata-ratanya harga yang biasa di pasaran untuk botol 250ml
berada di lingkungan RM50 hingga lebih seratus ringgit. Walaupun sebenarnya
mereka kurang menyedari hakikat bahawa kos merawat kesihatan akibat kerosakan
yang ditimbulkan oleh bahan kimia merbahaya dalam produk sintetik malahan lebih
tinggi daripada belanja mendapatkan
produk yang alami dan berkualiti.
Dan di sini adalah sabun yang diformulasikan oleh BUJANG'S NATURAL
________________________________________________________________________________
Blogspot ini diterbitkan sebagai usaha membantu mempromosikan projek Pelancongan Sungai Petani dan Daerah Kuala Muda amnya. Sebagaimana telah diinterpretasikan oleh Bahagian Pelancongan Majlis Perbandaran Sungai Petani, kemajuan pelancongan di daerah ini adalah berteraskan kepada
3 perkara, iaitu:
a) Kedah Tua - Tamadun Sungai Batu 535 BCE
b) Jerai Geopark - sebagai geo pelancongan dan pengiktirafan oleh UNESCO
c) Biodiversiti - Pemuliharaan biosfera dan ekosistem Sungai Merbok
Bujang's Natural sebagai jenama produk yang lahir di daerah ini ingin bersama-sama memartabatkan agenda ini menjadikan ianya suatu pencapaian. Bujang's Natural memilih untuk bernaung di bawah Persatuan Archeo Adventure Tamadun Sungai Batu, Kedah dan dengan ini menyokong sepenuhnya apa saja aktiviti yang melestarikan alam sekitar, pemuliharaan sejarah dan penaiktarafan sebagai Jerai Geopark di daerah ini khasnya dan negara ini amnya.
Sebarang pertanyaan mengenai produk BUJANG'S NATURAL boleh hubungi / whatsapp 0134496559

No comments:
Post a Comment